Wednesday, July 20, 2011

Mommy Mengidam lagi?


Ni Daddy nak tepek transformasi Mommy since last year. LOL
Mommy masa slim...trip ke Bali jumpa Pak Ketut last year. Masa ni tak terfikir langsung pun pasal nak pregnant ke beranak ke. Nak enjoy release tension je sebab cuti sekolah panjang and we did not have any trip plan masa tu. Last minute decision je and book to travel few days sebelum Daddy start kerja kat tempat baru.

Talking about kerja ni kan...masa Mommy dalam pantang bersalinkan EJ, daddy dapat interview kerja tempat baru. Syukur berjaya and start la kerja kat Jalan Raja Chulan. Pastu masa Daddy dapat kerja kat Cyberjaya pulak Mommy pregnant kali ke 2...yang miscarriage tu. Last November masa Daddy tukar kerja sekali lagi ke Damansara Mommy pregnantkan Tasha pulak. Lepas ni Mommy tak kasi Daddy tukar kerja tempat baru lagi. LOL. Kalau ada offer interview, Daddy kena pergi secara rahsia rahsia...kah kah kah.
Yang ni pulak masa Mommy tengah mabuk teruk. Tapi Mommy kan bionic woman. Demi anak tercinta Mommy gagahkan diri to celebrate Birthday EJ last year. Sikit pun Mommy tak makan kat A&W tu sebab tak lalu...asyik nak muntah aje. Make up pun tak selera nak calit.

Masa tu semua, mommy tak ngidam apa apa pun. Cuma hujung hujung pregnancy aje Mommy dok teringin nak makan durian, Chillies, teppanyaki kat Pavilion dan few foods lagi. Siap plan minggu ni nak makan apa...minggu depan nak makan apa. Pastu sebab plan Cesarean patutnyakan 15 hb July. So ada la satu weekend lagi plan untuk dessert mango and lychee kat Ben's. Tapi sebab Tasha dah sibuk buat kick boxing...sampai kena Casae awal...tak tercapai la hajat Mommy nak ke Ben's. Kita tunda lepas Mommy habis pantang ekkk.

Mommy dok ngidam nachos ni memang sungguh Mommy makan. Daddy makan 1, Ej makan 1...lain sumer Mommy share dengan Tasha. LOL.
Sebab Daddy teman kan Mommy pi Chillies, daddy dapat upah ribs...ni. Prawn sumer EJ sapu.
Masa ni Mommy kata cepat snap gambar Mommy...kot kot lepas ni tak larat dah nak ke KLCC. Memang sungguh bagai di kata...lepas tu tak larat dah.
Sempat la pulak posing posing kat air pancut ni. Rasa cam tak pernah lak snap photo kat sini.
Pasangan Remaja.

Semalam Mommy dah buat senarai pendek makanan yang Mommy ngidam nak makan lepas habis pantang. Ingatkan orang ngidam masa pregnant je kan...Mommy masa pantang pun ada ngidam gak. Ok la...Daddy akan tunai kan satu satu...hadiah untuk Mommy sebab Mommy tabah dan bionic woman sepanjang pregnancy dan bersalin. Antara food yang mommy dok ngidam

1) Ben's dessert tunda dari time pregnant
2) Chillies
3) Lontong power yang Daddy masak
4) Kari ayam power jugak...yang daddy jugak masak. LOL.

No 3 dan 4 tu sebab last weekend Daddy masak masa geng ratu posing datang. Entah camne...tersedap la pulak...Daddy kena puji melambung...masa duduk pun punggung tak cecah kerusi. Lariiiiiiiiiiiiiii.

Ok...nanti kita tambah lagi list food tu kasi panjang sikit. Tu baru list makanan...belum lagi List tempat tempat berjalan...Pengsan Daddy nak melayan Mommy dengan EJ. Nanti biler tasha dah besar...bertambah lagi list...Puyeng di buatnya.

Tu je la crite pasal Ngidam ni. Tapi kenapa lak photo Mamat Vogue ni terselit kat sini? TAK TAHU TAK TAHU....layannnn.

Monday, July 18, 2011

Jeng Jeng Jeng

Mommy has been very busy since ages...Lariiiiii
Blog ni bukan tahap sawang...tapi sikit lagi dah nak cam old hunted house. So daddy invited himself to cheer up this blog dengan tulisan tahap karat pasal Fido's family.

If you read the earlier posting written by Mommy, ada nada nada kecewa especially part gambar scan tu. Frankly speaking, that was 1 of the lowest moment in our family. Masa check up visit yang sebelumnya we could see macam baby tu melambai tangan to the 3 of us and masa tu tak sabar sabar nak tunggu baby tu di lahirkan...tapi takde rezeki. The next visitnya pulak..lepas tumpah darah...when the Gynae scan...dah takde heartbeat. We felt a big lost...tak tahu nak describe camne.

And biler part gambar the 3 of us...terdetik jugak sekali sekala perasaan sedih sebab deep down inside teringin sangat nak bagi EJ adik. Nak buat camne kan...Kita hanya pelakon yang melakonkan watak masing masing...storyline tetap kepunyaanNya. Pengarah/Pencipta yang satu. Untuk memujuk hati we confort each other dengan kata kata..."at least we have each other...bayangkan orang lain yang tak punya apa apa". Easy said than done...to push away the sadness...it is not easy.

Daddy tak sanggup nak tulis any posting about pregnancy apa lagi la posting photo photo pasal pregnancy sebab takut...risau...dan macam macam perasaan negative menyapa. Hanya doa dan kata kata semangat yang menjadi sumber kekuatan kami untuk mengharungi 9 bulan yang I would say tense but manageble. Nasib baik ada postings from Liz yang sikit sebanyak menceriakan dan membuat kami rasa macam sharing sikit sikit the experience. Thank you Liz.

Ok tu la serba sikit flashback...sekali sekala kita mengenang kisah semalam sebagai pedoman untuk menempuh hari ini dan hari hari yang mendatang dengan lebih baik. Syukran, Hari ini...kami sedang happy dan lega selepas kelahiran Tasha. Daddy harap Mommy dan Misha lebih bersemangat sekarang sebab kita ada budak cute ni as part of Fido's Family.
Tasha Effida Ez-Zahra..born on 8th of July 2011 @ 855 am. Weight 2.94kg. The long awaited gift.
Daddy di benarkan untuk berjumpa dengan Tasha pukul 9 pagi dan masa ni baru je lepas qamat Tasha. Mommy masih dalam Operation Theater masa tu.
Daddy was asked to follow Tasha to the nursery room untuk check jantina, berat, tinggi dan to witness nurse jap Tasha. Melalak bagai nak rak Tasha masa tu.
Clever girl...Tasha pegang ibu jari Daddy lepas berhenti nangis. Daddy teman Tasha for a while kat Nursery room. Biler Nurse nak susukan Tasha dan nak letak tasha bawah lampu untuk hilangkan biru kat tangan tu, Daddy turun semula ke Operation Theater to wait for Mommy. Pukul 11am Daddy di panggil untuk jumpa Mommy yang masa tu tengah menggigil kesejukan.

Seperti yang di Pinta dan dijanjikan, Daddy update Mommy pasal Tasha sambil tunjuk gambar Tasha yang Daddy ambil guna handphone. Mommy angguk angguk kepala tanda faham apa yang Daddy beritahu and I saw airmata Mommy mengalir. Air mata gembira dan syukur.