Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Tasha's new Toy

Alhamdulillah, Tasha dah sihat. Daddy dengan Mommy dah boleh bawa Tasha gi jalan jalan. Tapi kena elakkan tempat yang too crowded. Makanya this morning, Tasha ikut Daddy dengan Mommy gi breakfast kat O'brient kat Great Easten Mall. Tempat tu tak ramai orang. yeahhh. Kak Misha takde sebab gi outing dengan Ibu Lin, Abah Nuar, Abang Aqif dan Abang Afiq.
Sedapnyeee. Tasha breakfast dengan susu aje.
Ni Daddy punya. Daddy kata Croissont ni sedap...sama macam yang kat London. Daddy tetap feeling feeling London. Layannn.
Mommy had tuna sandwich. The coffee tu Irish cream coffee. Daddy and Mommy said tak berapa umph. Too bitter. Yang sememeh cawan tu sebab the table tak stable and Daddy terkick kaki meja terus tertumpah coffee tu.
Lepas Daddy dan Mommy dah kenyang, kami jalan jalan window shopping. Snap photo kat snowman sebab nak layan Daddy feeling feeling London lagi. We went to Toy R Us. Yang syoknya Tasha dapat toy baru.
Cute kan Train Fun ni. Operated using battery. The sound of the train is very cute.
Tasha kusyuk je layan toy baru. Tasha suka la sebab warna warni and train tu is very smart. Seronoknya.

Sunday, October 2, 2011

Senyum

Tasha dah start gave some responses to orang yang agah agah dia. Tapi her smile cam mahal sikit...senyum senget sikit je...then muka bolayan balik dia bagi kat kita.
I tried to snap photo tasha smile...ni je la yang dapat. Kedekut ehhh Tasha ni.
Most of the time..she gave this kind of look.
Tangan dia buat sign "chup"...daddy nak snap photo ehhh? Sabar je la.

Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin from Fido's family. Wish you had a great Raya celebration with your love ones.

Walaupun banyak dugaan silih berganti Ujian untuk Fido's family sepanjang tahun ni, kami tetap panjatkan kesyukuran sebab masih berpeluang untuk menyambut lebaran tahun ini dalam suasana yang aman dan happy. Terima kasih untuk segala nasihat dan doa rakan rakan dan family kepada kami sekeluarga.

We went back PD hari Isnin sehari before Raya. Tahun ni semua adik beradik daddy dapat beraya bersama sama di PD. Meriah biler ramai ramai dapat berkumpul bersama sama.
Sejak ada blog ni, bersemangat nak warna sedondon...walau pun gaun Tasha bukan merah cili...takpela....boleh la tu kan. Tak pernah terjangkau di fikiran daddy dapat menyambut raya ber 4. Dulu selalu kata kami ber3 bila menulis posting...sekarang dengan bangganya biler dapat menaip asyik ber4. Tasha is trully a bonus to our family.
Suka tengok wan senyum berposing dengan anak cucu dan cicit.

Another bonus biler kami masih berpeluang menyambut lebaran dengan Mak Daddy dan Ayah Mommy. Semoga Allah izinkan kami untuk menyambut banyak lagi lebaran bersama Wan dan Atuk Misha dan Tasha.

Atuk berani dukung Tasha dah.
Raya pertama sehari suntuk beraya dengan family Daddy di PD. Makan sampai ketat ketat perut. Mommy tetap makan sikit sikit aje...diet...takut perut terkejut. LOL. Misha kemana pergi mesti cari nasi impit dan kuah kacang.
Raya ke 2...kami serba biru tapi takde gambar ber4. Yang ni masa raya ke 3 sebelum beraya ke rumah sedara mara mommy di PD.
Pasangan remaja...Nampak muda pulak biler ada baby kecik ni. Ye ke? lariiiii. Agak agaknya mommy tarik nafas tak before berposing ni? Daddy sib baik menyorok kat belakang kan...cuma perlu maintain hensem aje...kah kah kah.
Sebelum Hari Raya hari tu...kak Misha kata she was very excited and looking forward for Raya...sebab she likes her baju kurung so much. Konon baju ada batu and manik macam teenagers la kan...bukan kanak kanak lagi. Pastu she celebrated Hari Raya ni as a kakak...and tak sabar nak temeng Tasha kat her frens. Sibuk suruh Daddy & Mommy buat open house for her frens. As an elder sister she said kena bagi Tasha duit raya...senyap senyap aje she passed an angpau packet to Mommy kata ini duit raya for Tasha from Kak Misha. Ingat kan sampul kosong dok joking with us...rupanya ada RM2. Belum kerja bagi sikit dulu she said.
Kak Misha yang excited beraya dengan adik dia. Habis semua baju nak sedondon...susah nak cari yang sedondon actuallynya sebab age gap 11 tahun. Terpaksa la sama kan warna aje. Next year baru boleh sedondon baju kurung biler Tasha dah boleh berjalan.
Daddy terus muda 15 tahun biler ada baby ni. LOL.
Tasha biler orang ramai time raya ni...mata dia sibuk tengok kiri kanan. Suka agaknya biler ramai orang sekeliling dia.

Mommy - My bionic woman. Semoga mommy makin tabah dan redha dengan suka duka kehidupan dan ujian dariNya. Paling buat mommy ceria sebab dapat pakai baju Raya baru. Bersungguh sungguh berdiet bagai. Berbaloi baloi orang kata.

Our little princess yang buatkan Hari Raya Fido's Family tahun ni lebih meriah...lebih bermakna dan fantastic 4 is a blessing to us.
Lepas dah puas beraya sakan....dah dapat susu sebotol Tasha lena tidur mengiring. Cuit kaki ke tangan ke...Tasha buat dekk aje...janji dia nak tidur lena. Layannn. All in all we had a great Raya dalam suasana bersederhana...tapi meriah. Yang mana mana kureng tu...daddy tepis ke tepi...tolak ke belakang. Bermadah katanya. GGG.

Kelip Kelip kusangka Api
Kalau Api mana puntungnya
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Daripada Fido's Family untuk semua


Monday, August 29, 2011

Hajat tercapai sudah...happy happy.

Lately ni takde bahan sangat nak di blogkan...tambahan pulak daddy takde mood nak menaip. LOL. Tapi hari ni cam berkobar kobar pulak nak update blog Fido ni sebab Hajat dah kesampaian.
Ni photo sebelum keluar rumah. Kak Misha sibuk nak dukung adik dia. Cuma kami je tak confident sangat nak bagi dia dukung Tasha sambil berjalan.
Tak sangka Tasha dah muat pakai baju ni. Sib baik la mommy dok fitting fitting baju raya pastu tengok tengok baju ni dah ngam...kalau tunggu lagi...alamatnya sedekah kat orang je la. Hari tu beli baju fesyen watermelon...dok perap simpan...biler nak try...seluar baju semua sendat...pastu dapat tukar seluar aje...sebab baju tu ada lobang entah mana datang. Burn aje la duit baju sebab bersemangat daddy beli balik baju watermelon tu. LOL.
Kami ke KLCC...punyala ramai orang. Mata Tasha melilau kiri kanan macam ghairah sangat dia nak menengok orang semua. Agaknya kalau dia pandai bercakap nak dia tegur semua orang tu.
Mommy dan Kak Misha...yang seronok nak outing bawak Tasha jalan jalan. Kak Misha paling suka menolak stroller. Orang lain memang takde chance la nak pegang stroller tu. Yang best nya daddy dengan mommy cam dating lak...freedom jalan jalan berdua kat belakang. Kalau tak dulu misha mesti menyelit kat tengah dok nak pegang tangan.
Comelnya anak anak daddy...I love both of you. Kena take care each other tau....sampai biler biler. Kalau dah besar nanti hopefully kerja bagus bagus...boleh take care mommy dengan daddy lak. Macam biasa...calon menantu daddy mesti hadiahkan daddy mercedes 1. LOL...kah kah kah. Anak baru 2 bulan umur daddy dah puyeng cakap pasal menantu.
Besarnya mata tasha...hilang dah sepet dia. Ni terkejut kat KLCC manusia punya lah ramai...sungguh tak selera berjalan kat KLCC hari ni...plus the aircond sangat sangat sejuk...kami lari pi Pavilion.
Daddy & Mommy...kalau among frens aka Pasangan Remaja. Saje je bagi alasan KLCC sesak la..sejuk la...padahal memang Hajat nak ke Pavilion untuk makan Ribs kat Tony Romas. Tercapai hajat...rasa best giler ribs tu. Daddy tetap mengatakan Ribs kat Tony Romas...the best in town.
Mommy yang excited dapat outing dengan family. Bersemangat...walaupun takat pi makan makan lepak lepak...sempat jugak cover KLCC dengan Pavilion.
Masa kat KLCC lalu depan butik Fendi...Kak misha sibuk suruh daddy berposing kat depan kedai tu...dapat tangkap logo pun jadi la kan. Yang penting daddy dah slim. tak payah susah susah nak tarik nafas.
Hajat kedua yang tercapai...daddy nak posing kat airpancut ni satu family. Bibik jadi photographer...walaupun senget sikit...daddy tak kisah...tetap happy.
Officially ini lah photo kami ber4 yang pertama. Masa kat KLCC lagi daddy dah rimas tight in...tapi sebab nak berposing kat sini daddy tahan je....once dah siap posing terus baju keluar...kah kah kah. Kang auntie liz ngomel lagi daddy baju tak tight in....lariiiiiiiiii.
Officially gambar the 4 of them yang pertama kalinya jugak. Syukur kami dapat bantuan Bibik untuk jaga tasha and the family. Bibik shy shy cat la...saje tak nak tgk camera.

Soalan...masih kah layak Tasha di gelar Amoi? cer mama Ejin jawab.

Sunday, August 14, 2011

Perkembangan Terkini Family Fido

Cepatnya waktu berlalu...berlari pantas meninggalkan banyak suka duka kehidupan. Kalau kita terhegeh hegeh...maka ketinggalan lah kita kebelakang especially dalam dunia cyber yang berlandaskan wang ringgit ni. Kadang kadang sesak nafas di buatnya biler kita cuba berlari mengikut rentak agar seiring dengan peredaran masa. Berusaha untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain. Stress kekadang tu dibuatnya. Mukadimah tak leh bla punya dari daddy fen.

Sekejap aje kita dah 2 minggu berpuasa. Seperti biasa topic hangat masa ni ialah persiapan Hari Raya. LOL. So...sudahkah anda bershopping mempersiapkan diri dengan pakaian raya sedondon, fesyen terkini dan sebagainya.

Untuk family Fido...3 orang punya dah settle...tinggal daddy je belum ada baju melayu warna merah...puas dah cari...yang berlambak maroon dan merah hati. I want merah cili. Kalau tak jumpa...terpaksa la tukar theme colour...boleh? Misha kata boleh blah...sebab dia dah ada baju raya merah cili meletops...kah kah kah.

Sebenarnya...Daddy tak kisah pun takde baju baru for hari raya...asalkan mommy dan anak anak ada baju baru...kalau boleh biar meletops...cun melecun...LOL. Pastu kalau boleh nak belikan my mom and my younger brother baju baru jugak. Itu yang on top on my list. I am happy if they are happy. Itu yang penting.

Ok..let's move on to kisah Fido's family...semalam we went to see Pediatrician untuk jap Tasha yang sebulan...for hepatitis B. Punya la kuat Tasha melalak masa kena jap. She is 4.3kg now and 56cm height. Doktor kata over feed sebab naik more than 1kg dalam masa sebulan. LOL. Mana taknya...asal merengeknya we sumbat botol susu. Ikut advice adik beradik 30 smthg la jugak...tak sure Ita ke Liz ke...baby kalau nangis sumbat susu dulu pastu kalau nangis jugak check pampers...pastu baru fikir dia tak sihat ke apa. Layannn.
Kak Misha dan bibik tak ikut...sebab we thought kejap je pun...Tasha syok je tidur.
Masa kat rumah dah siap tunggu daddy balik to drive her to Ampang Puteri.
Tasha dah pandai pegang botol susu sendiri. Kan dah kata...zaman Cyber. Kalau tasha nangis nak susu...kena cepat cepat put the beep napkin kat leher dia sementara buat susu...then she will stop crying sebab dia tahu..susu on the way. Asyik cerita pasal Tasha je kan...macam mana perkembangan Kak misha dia? Kalau Tasha dok baby lagi...kak Misha 00px;dia dah masuk phase Teen. Too fast and yet sometimes we felt too slow...LOL. Maksudnya kadang kadang rasa cam cepat sangat dia dok buat benda benda yang orang dewasa buat...tapi at times when we expect her to do or think like an adult...she responded macam baby...pening di buatnya.
The latest photo of her...bersiap bagai with make up untuk ronggeng lepak kat gerai dengan family Zamreen and Nuarlin. Malam pulak tu...dok sibuk nak bermake up bagai. Layannn.
Misha dah stop piano...ganti dengan Guitar pulak...Either "Yuna" in the making...or just another hot hot chicken shit...dok perabihkan duit daddy aje. Guitar tu cost me RM500. Tak tahu la sampai mana Misha nak belajar Guitar ni...kalau hangat hangat aje...mommy nak buat sup tali guitar tu...kasi Misha minum...kah kah kah.

Tu je la yang daddy nak update hari ni...kang tulis panjang panjang terus merepek entah apa apa. Lagi pun...takat duduk rumah aje...tak banyak yang boleh di update.

Saturday, August 6, 2011

Balik Kampung

Last weekend balik kampung sebab kat PD ada buat kenduri tahlil, menyambut menantu dan menyambut puasa. Bertolak dari KL kol 10 lebih selepas Mommy habis follow up check up kat spital. Sampai aje kat PD hujan lebat...rupanya ribut dan banyak pokok tumbang. Kalau kami lambat sikit aje...habis la stuck dalam jammed tak hingat punya.
First time kami jumpa Rayyan....anak sedara to Tasha. Rayyan ni beza 2 minggu awal dari Tasha. Ikut pangkat...kena panggil Misha dan Tasha ..auntie. Mommy...Rayyan akan panggil Nenek. LOL. Lebatnya rambut rayyan ni.
First time Rayyan and Tasha met. Ramai la dok melepak dalam bilik. Tasha slept all the way...dia sikit tak kisah...kejap Kak Misha dukung...kejap pass kat orang lain...dia tetap tidur dengan nyenyaknya.
Biler daddy keluarkan camera aje...the kids semua nak enter frame.
Auntie Misha dukung Rayyan pulak. Cepat letih sebab rayyan dah semangat badan. Cousins Tasha...Zura dan Farah...menang suka sangat berposing.
Misha dah pandai pegang budak...dia memang rajin pegang Tasha...tapi sambil duduk camni la. Kami tak benarkan dia berdiri orberjalan sambil pegang baby.
Shafique pun enter frame....bulan 9 nanti turn Shafique pulak dapat adik.
Tasha was very good masa kat PD...tidur bangun minum susu pastu tidur balik, Dapat la Mommy dengan Daddy rest.
Jelir lidah mintak susu.

Thursday, August 4, 2011

Tasha's Big Family

Dah lama Daddy nak tepek gambar gambar ni kat sini...tapi kemalasan yang amat. Dok tertangguh tangguh. Semua gambar gambar Tasha and her big families.
Tasha & Atuk. Atuk takut takut nak dukung baby sebab dah lama sangat tak dukung baby. Tapi dengan Tasha atuk berani dukung walaupun sekejap.
Tasha & Wan. Wan memang tak larat dah nak pegang baby...so kenalah mommy enterframe.
Tasha and Ibu aka Ibu kak mira as denotes by Ej. Mommy's elder sister.
Tasha & Baba aka mommy's abang ipar. Masa mula mula tengok mata Tasha sepet...terus teringatkan Baba...and Baba la the first one panggil Tasha Amoi...tapi sekarang after a month...Tasha tak sepet lagi...tak tahu la sesuai ke tak panggil Amoi.
Tasha & Mama aka Daddy's elder sister. Dulu masa time berpantangkan Ej...Mama lah yang take care Mommy and Ej.
Tasha & Mama Reen & Ibu Lin. Masa ni Mama Reen & Ibu Lin ambik berkat since both of them teringin sangat nak dapat baby girl. Tengah kerja keras la gamaknya tu. Lariiiiii.
Tasha & Ibu Siti, Mak Ado & auntie Ann. Mommy macam biasa la...enter frame.
Tasha and Mama Eza, Auntie Ina & Auntie Aida.

That's all for now.