Monday, August 29, 2011

Hajat tercapai sudah...happy happy.

Lately ni takde bahan sangat nak di blogkan...tambahan pulak daddy takde mood nak menaip. LOL. Tapi hari ni cam berkobar kobar pulak nak update blog Fido ni sebab Hajat dah kesampaian.
Ni photo sebelum keluar rumah. Kak Misha sibuk nak dukung adik dia. Cuma kami je tak confident sangat nak bagi dia dukung Tasha sambil berjalan.
Tak sangka Tasha dah muat pakai baju ni. Sib baik la mommy dok fitting fitting baju raya pastu tengok tengok baju ni dah ngam...kalau tunggu lagi...alamatnya sedekah kat orang je la. Hari tu beli baju fesyen watermelon...dok perap simpan...biler nak try...seluar baju semua sendat...pastu dapat tukar seluar aje...sebab baju tu ada lobang entah mana datang. Burn aje la duit baju sebab bersemangat daddy beli balik baju watermelon tu. LOL.
Kami ke KLCC...punyala ramai orang. Mata Tasha melilau kiri kanan macam ghairah sangat dia nak menengok orang semua. Agaknya kalau dia pandai bercakap nak dia tegur semua orang tu.
Mommy dan Kak Misha...yang seronok nak outing bawak Tasha jalan jalan. Kak Misha paling suka menolak stroller. Orang lain memang takde chance la nak pegang stroller tu. Yang best nya daddy dengan mommy cam dating lak...freedom jalan jalan berdua kat belakang. Kalau tak dulu misha mesti menyelit kat tengah dok nak pegang tangan.
Comelnya anak anak daddy...I love both of you. Kena take care each other tau....sampai biler biler. Kalau dah besar nanti hopefully kerja bagus bagus...boleh take care mommy dengan daddy lak. Macam biasa...calon menantu daddy mesti hadiahkan daddy mercedes 1. LOL...kah kah kah. Anak baru 2 bulan umur daddy dah puyeng cakap pasal menantu.
Besarnya mata tasha...hilang dah sepet dia. Ni terkejut kat KLCC manusia punya lah ramai...sungguh tak selera berjalan kat KLCC hari ni...plus the aircond sangat sangat sejuk...kami lari pi Pavilion.
Daddy & Mommy...kalau among frens aka Pasangan Remaja. Saje je bagi alasan KLCC sesak la..sejuk la...padahal memang Hajat nak ke Pavilion untuk makan Ribs kat Tony Romas. Tercapai hajat...rasa best giler ribs tu. Daddy tetap mengatakan Ribs kat Tony Romas...the best in town.
Mommy yang excited dapat outing dengan family. Bersemangat...walaupun takat pi makan makan lepak lepak...sempat jugak cover KLCC dengan Pavilion.
Masa kat KLCC lalu depan butik Fendi...Kak misha sibuk suruh daddy berposing kat depan kedai tu...dapat tangkap logo pun jadi la kan. Yang penting daddy dah slim. tak payah susah susah nak tarik nafas.
Hajat kedua yang tercapai...daddy nak posing kat airpancut ni satu family. Bibik jadi photographer...walaupun senget sikit...daddy tak kisah...tetap happy.
Officially ini lah photo kami ber4 yang pertama. Masa kat KLCC lagi daddy dah rimas tight in...tapi sebab nak berposing kat sini daddy tahan je....once dah siap posing terus baju keluar...kah kah kah. Kang auntie liz ngomel lagi daddy baju tak tight in....lariiiiiiiiii.
Officially gambar the 4 of them yang pertama kalinya jugak. Syukur kami dapat bantuan Bibik untuk jaga tasha and the family. Bibik shy shy cat la...saje tak nak tgk camera.

Soalan...masih kah layak Tasha di gelar Amoi? cer mama Ejin jawab.

Sunday, August 14, 2011

Perkembangan Terkini Family Fido

Cepatnya waktu berlalu...berlari pantas meninggalkan banyak suka duka kehidupan. Kalau kita terhegeh hegeh...maka ketinggalan lah kita kebelakang especially dalam dunia cyber yang berlandaskan wang ringgit ni. Kadang kadang sesak nafas di buatnya biler kita cuba berlari mengikut rentak agar seiring dengan peredaran masa. Berusaha untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain. Stress kekadang tu dibuatnya. Mukadimah tak leh bla punya dari daddy fen.

Sekejap aje kita dah 2 minggu berpuasa. Seperti biasa topic hangat masa ni ialah persiapan Hari Raya. LOL. So...sudahkah anda bershopping mempersiapkan diri dengan pakaian raya sedondon, fesyen terkini dan sebagainya.

Untuk family Fido...3 orang punya dah settle...tinggal daddy je belum ada baju melayu warna merah...puas dah cari...yang berlambak maroon dan merah hati. I want merah cili. Kalau tak jumpa...terpaksa la tukar theme colour...boleh? Misha kata boleh blah...sebab dia dah ada baju raya merah cili meletops...kah kah kah.

Sebenarnya...Daddy tak kisah pun takde baju baru for hari raya...asalkan mommy dan anak anak ada baju baru...kalau boleh biar meletops...cun melecun...LOL. Pastu kalau boleh nak belikan my mom and my younger brother baju baru jugak. Itu yang on top on my list. I am happy if they are happy. Itu yang penting.

Ok..let's move on to kisah Fido's family...semalam we went to see Pediatrician untuk jap Tasha yang sebulan...for hepatitis B. Punya la kuat Tasha melalak masa kena jap. She is 4.3kg now and 56cm height. Doktor kata over feed sebab naik more than 1kg dalam masa sebulan. LOL. Mana taknya...asal merengeknya we sumbat botol susu. Ikut advice adik beradik 30 smthg la jugak...tak sure Ita ke Liz ke...baby kalau nangis sumbat susu dulu pastu kalau nangis jugak check pampers...pastu baru fikir dia tak sihat ke apa. Layannn.
Kak Misha dan bibik tak ikut...sebab we thought kejap je pun...Tasha syok je tidur.
Masa kat rumah dah siap tunggu daddy balik to drive her to Ampang Puteri.
Tasha dah pandai pegang botol susu sendiri. Kan dah kata...zaman Cyber. Kalau tasha nangis nak susu...kena cepat cepat put the beep napkin kat leher dia sementara buat susu...then she will stop crying sebab dia tahu..susu on the way. Asyik cerita pasal Tasha je kan...macam mana perkembangan Kak misha dia? Kalau Tasha dok baby lagi...kak Misha 00px;dia dah masuk phase Teen. Too fast and yet sometimes we felt too slow...LOL. Maksudnya kadang kadang rasa cam cepat sangat dia dok buat benda benda yang orang dewasa buat...tapi at times when we expect her to do or think like an adult...she responded macam baby...pening di buatnya.
The latest photo of her...bersiap bagai with make up untuk ronggeng lepak kat gerai dengan family Zamreen and Nuarlin. Malam pulak tu...dok sibuk nak bermake up bagai. Layannn.
Misha dah stop piano...ganti dengan Guitar pulak...Either "Yuna" in the making...or just another hot hot chicken shit...dok perabihkan duit daddy aje. Guitar tu cost me RM500. Tak tahu la sampai mana Misha nak belajar Guitar ni...kalau hangat hangat aje...mommy nak buat sup tali guitar tu...kasi Misha minum...kah kah kah.

Tu je la yang daddy nak update hari ni...kang tulis panjang panjang terus merepek entah apa apa. Lagi pun...takat duduk rumah aje...tak banyak yang boleh di update.

Saturday, August 6, 2011

Balik Kampung

Last weekend balik kampung sebab kat PD ada buat kenduri tahlil, menyambut menantu dan menyambut puasa. Bertolak dari KL kol 10 lebih selepas Mommy habis follow up check up kat spital. Sampai aje kat PD hujan lebat...rupanya ribut dan banyak pokok tumbang. Kalau kami lambat sikit aje...habis la stuck dalam jammed tak hingat punya.
First time kami jumpa Rayyan....anak sedara to Tasha. Rayyan ni beza 2 minggu awal dari Tasha. Ikut pangkat...kena panggil Misha dan Tasha ..auntie. Mommy...Rayyan akan panggil Nenek. LOL. Lebatnya rambut rayyan ni.
First time Rayyan and Tasha met. Ramai la dok melepak dalam bilik. Tasha slept all the way...dia sikit tak kisah...kejap Kak Misha dukung...kejap pass kat orang lain...dia tetap tidur dengan nyenyaknya.
Biler daddy keluarkan camera aje...the kids semua nak enter frame.
Auntie Misha dukung Rayyan pulak. Cepat letih sebab rayyan dah semangat badan. Cousins Tasha...Zura dan Farah...menang suka sangat berposing.
Misha dah pandai pegang budak...dia memang rajin pegang Tasha...tapi sambil duduk camni la. Kami tak benarkan dia berdiri orberjalan sambil pegang baby.
Shafique pun enter frame....bulan 9 nanti turn Shafique pulak dapat adik.
Tasha was very good masa kat PD...tidur bangun minum susu pastu tidur balik, Dapat la Mommy dengan Daddy rest.
Jelir lidah mintak susu.

Thursday, August 4, 2011

Tasha's Big Family

Dah lama Daddy nak tepek gambar gambar ni kat sini...tapi kemalasan yang amat. Dok tertangguh tangguh. Semua gambar gambar Tasha and her big families.
Tasha & Atuk. Atuk takut takut nak dukung baby sebab dah lama sangat tak dukung baby. Tapi dengan Tasha atuk berani dukung walaupun sekejap.
Tasha & Wan. Wan memang tak larat dah nak pegang baby...so kenalah mommy enterframe.
Tasha and Ibu aka Ibu kak mira as denotes by Ej. Mommy's elder sister.
Tasha & Baba aka mommy's abang ipar. Masa mula mula tengok mata Tasha sepet...terus teringatkan Baba...and Baba la the first one panggil Tasha Amoi...tapi sekarang after a month...Tasha tak sepet lagi...tak tahu la sesuai ke tak panggil Amoi.
Tasha & Mama aka Daddy's elder sister. Dulu masa time berpantangkan Ej...Mama lah yang take care Mommy and Ej.
Tasha & Mama Reen & Ibu Lin. Masa ni Mama Reen & Ibu Lin ambik berkat since both of them teringin sangat nak dapat baby girl. Tengah kerja keras la gamaknya tu. Lariiiiii.
Tasha & Ibu Siti, Mak Ado & auntie Ann. Mommy macam biasa la...enter frame.
Tasha and Mama Eza, Auntie Ina & Auntie Aida.

That's all for now.